Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Seni pergerakan kartun menggunakan lipatan kertas (video)

Memang hebat. Lukisan yang dibuat mungkin agak sukar.Terutamanya dalam penyusunanya. Tapi, hasilnya memang terbaik!




Bahtera Nabi Nuh akan berlabuh di Sukan Olimpik 2012

Johan Huibers akan melabuhkan kapal replika Bahtera Nabi Nuh pada Olimpik 2012. Johan mendapat idea ini dari kitab Injil dan Bahtera ini dilaporkan sudah siap sepenuhnya. Tujuan asal beliau membuat bahtera ini kerana beliau percaya yang bahtera ini mampu menyelamatkan manusia dan haiwan ketika hari kiamat kelak. Agak lawak. Sedangkan kapal titanic berlanggar aisberg boleh tenggelam, inikan pula bahtera yang dibina dari kayu dan dicipta oleh orang yang salah.








Comel! Angsa-angsa dalam perarakan pancaragam (video)

Memang 'cool' bila tengok angsa-angsa ini. Mereka teruja dengan paluan pancaragam di situ. Lalu membuat satu barisan panjang.



Menarik tentang angsa:

1) Di kampung-kampung, angsa berfungsi seperti anjing. Mereka akan menguak dengan kuat apabila melihat orang asing masuk ke kawasan tuan rumah mereka.

2) Mampu hidup maksimum 25 tahun.

3) Anak angsa akan terbang apabila umur mencecah 2-3 bulan. Sebelum itu, mereka hanya mengekori belakang ibunya sahaja.







Lelaki kudung berjaya memporak-perandakan hotel



Difahamkan lelaki ini kesal dengan tindakan penyambut hotel yang tidak melayannnya. Kemudian, dia melepaskan rasa tidak puas hatinya dengan merosakkan barangan-barangan di situ.








Lagi sikit untuk mati dilanggar bas(Video)

Video paling gila. Kalau lambat sesaat pergerakan lelaki itu, rasanya matinya dalam keadaan tragik. 








Mengganggu polis, diusir ke 'line' memandu perlahan (Video)

Agak lawak kerana digertak dengan 'sinaran lampu polis'. Jangan memandu di kawasan laju jika anda memandu perlahan.


Sebuah kereta bergerak perlahan di ruangan memotong sambil diekori rapat oleh kereta polis.



Menarik dengan dunia pengangkutan:

1. Kereta-kereta pada awal penciptaan tidak mempunyai stering untuk mengawal pergerakan kereta.
2. Polis New York mengejar penjenayah bermotor menggunakan basikal pada tahun 1898.
3. Radio kereta dicipta pada tahun 1929.
4. Lampu signal elektrik dicipta pada tahun 1938.


Bilik lampu LED yang mengujakan (video)

JK tidak tahu ini bilik jenis apa. Tetapi bilik ini memang mengujakan. Ruang dinding dan siling dipenuhi dengan lampu LED. 

Nampak macam disko. Warna-warni muncul sana sini. Memang 'cool'.

Smack Nightclub - LED Room from SW on Vimeo.


Fakta mengenai LED:

1. Jangka hayat lampu LED adalah 50000 jam sekiranya ia bebas dari panas, sejuk dan lembap yang keterlaluan

2. Lampu LED boleh dijumpai pada papan tanda EXIT dan lampu isyarat.

3. Jika pengaliran udara dalam sistem lampu LED terjejas, ia akan mudah rosak kerana haba akan meningkat.




Akibat menaip mesej ketika memandu (video)

Pemanduan yang buruk





Perhatikan kereta di dalam video ini. Seolah-olah pemandunya mabuk. Tetapi hakikatnya tidak begitu. Pemandu dikatakan sedang menaip mesej telefon bimbitnya. Akibatnya, keretanya melelong di atas jalanraya dan melanggar tebing jalan. Difahamkan, beg udara terbuka selepas hentakan di tebing itu. Saksikan apa yang terjadi selepas itu. 





Aksi geluncur yang berjaya (video)

Landasan geluncur yang panjang.

Ternyata hebat aksi ini. Pelaku aksi pun seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilakukannya. Ditonton lebih 5 juta orang di Youtube.




Adakah jelmaan budak dalam video ini benar? (video 18PG)

Pemburuan paranormal di sebuah rumah usang
Seorang pemburu paranormal (ghosthunter) telah merakamkan detik-detik jelmaan seorang budak dalam sebuah rumah di tepi hutan.

Walaupun begitu, ada yang berpendapat video ini adalah palsu kerana mereka menganggap budak itu adalah patung yang direka.

Namun, ada juga yang berpendapat video ini tulen kerana mata jelmaan budak itu bersinar. Sekiranya ia anak patung, matanya tidak akan bersinar apabila video itu ditukar format ke tahap melebihi mata kasar manusia, kerana mata anak patung adalah campuran cat.







Mungkin ini penyebab bagasi hilang di lapangan terbang (video)

Apa yang dilakukan pada bagasi ini? Bukankah itu lori...


Kehilangan bagasi adalah satu fenomena biasa dalam pengangkutan awam seperti udara, laut dan darat. Bagasi-bagasi ini tidak dihantar ke destinasi yang ditujui oleh pemiliknya.

1) Purata 1 dari 150 orang di Amerika akan kehilangan 1 bagasi setiap tahun.

2) Kehilangan bagasi selalu berlaku di lapangan terbang, berpunca dari kesalahan pekerja menyemak senarai. Kedatangan lewat para penumpang juga menjadi faktor masalah ketika semakan bagasi. Maklumlah, 'last-last minute'.

3) Ada bagasi yang dapat dikembalikan kepada pemiliknya, dan ada juga bagasi yang terus hilang tidak dapat dikesan.

4) Untuk mengatasi masalah kehilangan bagasi, letakkan barangan keperluan seperti baju dan lain-lain dalam beg galas.





Apabila peserta sumo berlari (video)

Peserta Sumo


Peserta sumo dikategorikan sebagai golongan obesiti. Iaitu satu golongan yang berisiko mendapat penyakit walaupun mereka menyertai sukan sumo. Obesiti diukur melalui Body Mass Index (BMI).

Fakta-fakta mengenai Obesiti:

1) Obesiti di Amerika meningkat berterusan semenjak tahun 1960
2) Negara-negara lain turut mengalami masalah yang sama.
3) Obesiti 50% boleh diwarisi kepada anak-anak.

Penyebab-penyebab obesiti:

1) Genetik: Mempengaruhi otak untuk memilih kaedah makan.
2) Sakit : Hypothyroidism dan stress.
3) Mental : Mental bermasalah menyebabkan ketidakstabilan emosi.
4) Gaya hidup : Diet yang tidak dijaga dan kurang bersenam.

Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:

1) Tekanan darah tinggi
2) Diabetes jenis 2
3) Sakit jantung
4) Kanser
5) Kanser payudara
6) Katarak
7) Kanser saluran penghadaman dalam perut





Orang Tua Ini Lagi Hebat Dari Pemandu Kereta Mewah (video)


Sebuah kereta mewah berhenti tiba-tiba. Si pemandu membunyikan hon terus mengejutkan seorang wanita tua yang sedang ingin melintas jalan. Tonton babak selepas itu apa yang terjadi kepada si pemandu kereta mewah itu.






Pemandu Kereta Yang Bodoh (18 PG Video)



Seorang pemandu sedang mengundurkan keretanya. Tanpa disedari (mungkin), kereta itu melanggar seorang individu. Kereta itu pun berhenti. Mungkin terasa hentakan. Kemudian, anda lihatlah sendiri tindakan si pemandu kereta ini. Benar-benar pelik. Video ini telah dimuatnaik ke internet pada tahun 2007. Bagi sesiapa yang baru tamat belajar memandu, jangan lakukan tindakan seperti ini.












Sikap manusia kepada bumi(video)

Bumi yang tenat

1. Manusia memusnahkan hutan-hutan sewenang-wenangnya
2. Manusia melakukan galian bumi yang tidak terancang
3. Habitat haiwan-haiwan dimusnahkan
4. Perindustrian menyebabkan pencemaran udara
5. Akhirnya, manusia merancang ke planet yang baru?





Kemunculan Misteri Pemilik Akaun Youtube (Video 18PL)




Video ini sudah dimuatnaik ke Youtube pada tahun 2008 oleh pemilik akaun bergelar nana825763. Memang menyeramkan. Dalam video ini, si pemilik akaun nana825763 telah 'refresh' kan Internet Explorernya beberapa kali. 'Background Page' pun turut berubah kepada simbol-simbol pemujaan Syaitan (mungkin). Kemudian, video pemilik akaun bergelar 666 muncul. Status pemilik akaun Youtube pun berubah serta merta. Kesemua video koleksi pun pelik-pelik belaka.

Kini, pemilik akaun 666 dikatakan sudah tidak wujud. Persoalannya, wujud atau tidak pemilik akaun 666 ini? Masih belum terjawab. Di Eropah, angka 666 dikaitkan dengan pemujaan Syaitan. Semoga kita dilindungi Allah S.W.T.





Reaksi Seorang Budak Terjumpa Udang Besar (video)

WOW!



Reaksinya begitu comel. Si ibu memperkenalkan beberapa ekor udang kara yang besar kepada budak ini. Mungkin ini kali pertama dia jumpa haiwan itu.





Detik-detik seekor Sloth melintas jalan(video)


Sloth adalah sejenis mamalia. Habitat mereka yang terbesar adalah di Central dan Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai kuku pencangkuk yang panjang. Makanan kegemaran haiwan ini adalah serangga, reptilia kecil dan burung-burung. Pergerakan haiwan ini memang perlahan. Hendak menggerakkan tangannya pun seperti menonton video yang 'slow motion'.


Video di bawah menunjukkan seekor Sloth sedang cuba melintasi jalanraya kecil yang sibuk. Diiringi dengan lagu I Believe I Can Fly, Sloth ini berjaya sampai di seberang jalan sana. :D











Pergaduhan Di Bilik Persalinan(13SG)


Pergaduhan antara seorang remaja berkulit putih dan seorang remaja berkulit 
hitam. Bam! Remaja berkulit hitam itu 'speechless' pada akhir pergaduhan.







Seram Yang Mengejutkan! (video)





Seorang paderi diminta hadir ke rumah seorang tua untuk mengubati 'rasukan syaitan' yang berlaku ke atas anaknya. Suasananya memang menyeramkan, sewaktu paderi itu berjalan melangkah ke bilik anak si wanita tua itu, dia ternampak seorang lelaki, mungkin suami kepada si wanita tua itu. Lelaki itu begitu khusyuk membaca 'doa mantera'. Paderi itu menaiki tangga dan tiba di hadapan pintu bilik anak yang kena rasukan itu. Paderi itu membuka pintu.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pilihan JanganKalot

Follow Me on Twitter