Heboh satu Malaysia gara-gara dokumentari realiti Penunggu Istana penyebab kematian pelakon Mustaqim dan Fira serta kehilangan Amar Asyraf. Mari kita saksi fakta-fakta yang mungkin 99% membuktikan filem ini bukan realiti tetapi hanya lakonan semata-mata.
1) Pada babak 1:07:15 sehingga 1:07:52, terdapat bonjolan kepala manusia keluar dari satu ruangan dinding, sebelah Fira. Waktu ni, Sarah dan Fira tengah kelam-kabut lari. Adakah itu bonjolan kepala salah seorang krew penggambaran yang bersembunyi?
2) Facebook watak Amar dan Mus masih aktif, sedangkan dalam filem itu mereka dikatakan hilang dan mati. Fan Page Amar pun masih aktif. Siap Upload gambar terkini lagi.
3) Andai mereka hilang dan mati, ini sudah pasti menjadi bukti video kes polis dan mahkamah. Mana mungkin bukti siasatan kes polis ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara. Mana mungkin! Langsung tiada berita pun di akhbar seperti Harian Metro.
4) Amar pun dah berlakon beberapa drama di Astro dan TV Al-Hijrah. Bila masa pula dia hilang? Kalau dia hilang pada tahun 2010, bagaimana pula dia boleh berlakon drama-drama terkini pula?
5) Facebook Mus pun masih aktif. Satu rumah dengan Amar pula tu. (Berdasarkan kenyataan Comment di Fan Page Amar Asyraf.
6) Cuma Fira dan Yaya sahaja yang masih bersembunyi dari pihak umum. Semua ini strategi pemasaran sahaja.
Kesimpulannya, mestilah jujur dalam setiap perkara. Awas, jangan tertipu. Tapi, JK no comment tentang babak kemunculan hantu. Ramai yang percaya bulat-bulat dokumentari ini sehingga Uncle Seeker diserang bertubi-tubi.
*
Cara-cara menghilangkan pipi tembam
24 June 2011 at 13:51
ohhhh~~~~~~~ thanks for the info
24 June 2011 at 18:22
mana mungkin la cerita ni betul. wayang adalah wayang. kalau nak realiti sangat, adaptasi jee
24 June 2011 at 18:35
Lawak plak aku baca entry ni. Namanya pun film bertemakan realiti paranormal. Sama cam film US Paranormal Activity tu gak. Agak2nya kalu ada org yg betul2 mati tak kan ar pihak finas nak lepaskan kuar wayang.. wakaka
24 June 2011 at 19:26
ala..nama pun filem..tu pun nak di jadik isu..hehehe..lawak kan..tak kan org puteh jer blh wat cter paranormal tu..m'sia pon blh...jgn lar cetek sgt genk..hehehe..
24 June 2011 at 23:16
dalam poster dan promo, dia tak cakap pun FILEM. tpi dokumentari realiti....itu pointnyer. Tak payah ler tulis pada awal tayangan tu adalah rakaman yang sebenar. Cakap je filem macam Filem Seru tu. Boleh pulak main2 dengan istilah 'penghargaan keluarga Allahyarham'.
7 July 2011 at 09:43
cite ni seramlahh. hahah
17 July 2011 at 16:55
aku pinjam ko punye artikel ni boleh ?? haha ..
aku tag kau dlm latest entri aku bro
14 November 2011 at 15:37
as'kum... sy br jugak tonton filem nih. sy pun ade nampak jugak bonjolan kepala manusia kuar dalam salah satu scene panik sara dan fira. br sy tau filem nih cuma lakonan jerr.. sbb sblm nih kepala sy bercelaru memikirkan tentang kesahihan filem nih. mana mungkin btol2 kan...
11 December 2011 at 18:30
okayy.. saye agak lambat tengok citer nihh.. haha.. point anda sgt kuat..=) mmg abehh citer nihh pening pale pikir diaorng hdop ke tak.. haha! tq for the information! =)
14 December 2011 at 18:59
diorang tu semue masih hidup dan cerite ni memang betul...
19 October 2012 at 09:41
Cite ni betol la.
19 October 2012 at 09:42
Cite ni betol la.
5 September 2013 at 10:12
la.. mmamng la cite ni lakonan je...apela yg g caye bulat2..da name pon cerite...kesian...
19 November 2013 at 10:21
Hbis yg ade hantu keluar tu , btul ke x?
2 June 2014 at 01:46
Aku baru hari nie tgk filem penunggu istana nie...... sib baik aku baru tgk so, aku tau la cite nie rekaan semata. Kamon..... Sara Ali, Ammar pelakon top kut, mungkin tahun 2011 x ada sape kenal :-)