Jangan Selalu Menuruti Kehendak Wanita
Lelaki harus ada sedikit imej agar sentiasa tampil bersahaja di hadapan wanita. Jangan tunjuk bahawa anda sangat sukakannya. Padahal, kalau boleh, segala keinginannya ingin anda turuti. Anda buat wajah selamba dan sudah pasti wanita menjadi tidak tentu arah. Buatkan diri anda seperti seorang yang misteri.
Kalau tidak percaya, cuba anda jarang berjumpa atau menelefonnya. Pasti dia tidak senang duduk dibuatnya. Jadi, dengan cara ini, rasa ingin tahu dirinya akan bentambah dan dia akan mencari jalan untuk mengenal diri anda dengan lebih rapat lagi.
Jangan Terlalu Rapat
Jangan pula anda terlalu akrab dan rapat dengannya. Ini kerana jika anda terlalu rapat dan sering berjumpa, perasaan kasih dan sayang itu akan menjadi biasa dan tiada lagi satu perasaan lain seperti berdebar-debar atau tertunggu-tunggu kedatangannya. Atau merasakan kehadirannya sudah seperti biasa.
Sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti dan sekali sekala barulah tonjolkan diri. Biar si dia yang tercari-cari anda dan menunggu kedatangan anda. Ingat, jangan tunjukkan sangat yang anda suka kepadanya. Biar dia dahulu yang menunjukkannya.
Jangan Terlampau Yakin
Anda jangan terlampau yakin bahawa wanita sentiasa memerhatikan anda disbabkan ketampanan anda. Mungkin dia memandang kerana anda berpenampilan luar biasa atau anda berlainan di kaca matanya. Jangan cepat terperasan dengan menyangka wanita itu terus terpikat pada anda. Mungkin dia sekadar melihat kosong sahaja.
Anda perlu berlagak biasa tetapi dalam masa yang sama memancingnya agar menghampiri anda. Pendekatan anda amat penting dalam menentukan berjaya atau tidak penjumpaan anda pada hari itu.
Buat Kejutan
Wanita sememangnya mengimpikan sesuatu yang diangan-angankannya. Wanita juga kuat berangan, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perasaan dan hati. Kalau boleh, angan-angannya agar ada sang putera menyuntingnya dengan cara yang cukup romantis.
Anda boleh mengambil kesempatan ini dengan memberinya hadiah lebih-lebih lagi bunga. Bunga dan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Kalau tidak boleh banyak, 3 kuntum sahaja sudah memadai. Tetapi jangan tonjolkan sangat bahawa anda terlalu suka kepadanya dengan memberikan bunga.
Buat muka selamba dan kawal perasaan suka anda itu. Tunjukkan anda tidak terlalu ghairah untuk memberikannya bunga. Dengan cara begini, anda akan melihat si dia akan menumpukan perhatian pada anda tanpa anda sedari.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
cinta,
petua,
tips-tips
. Follow any responses to this post through
RSS. You can
leave a response, or trackback from your own site.