Showing posts with label tips-tips. Show all posts
Showing posts with label tips-tips. Show all posts

Cara-cara memakai kain pelikat


Kain pelikat sinonim dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Ianya dipakai sewaktu santai dalam rumah dan juga ketika solat. Cara memakainya tidak susah. Hanya beberapa langkah sahaja. Tunjukkan kaedah ini pada anak-anak anda. Terdapat 2 cara untuk memakai kain pelekat.



Kaedah memotong seluar jeans yang labuh tanpa mesin jahit

Di kedai, lazimnya kepanjangan seluar jeans tidak menepati panjang kaki kita. Oleh itu, kita terpaksa mengubahsuai kaki seluar. Ada yang dihantar ke kedai dan bagi sesiapa yang ada kemahiran tersendiri mereka akan memotong kaki seluar jeans yang labuh itu. Itu pun jika ada kemahiran, bagi yang hantar ke kedai pula, kosnya pula diambil kira walaupun hendak memotong seinchi kaki seluar.




Langkah 1

a) Anda perlukan benang, jarum dan pin.

Langkah 2
a) Lipat ke atas bahagian seluar kaki yang labuh. 
b) Ukur bahagian yang dilipat. Eg: 3 inchi

Langkah 3

a)  Bahagian yang dilipat tadi (eg: 3inci) kemudian dibahagi 
dengan dua. Bermakna panjang untuk mengubahsuai
kaki seluar sekarang adalah 1.75 inchi.
b) Lipat 1.75 inchi bahagian kaki seluar itu seperti gambar di atas.

Langkah 4

a) Kemudian pin-kan seperti di atas. Mesti di bawah
garisan jahitan.

Langkah 5

a) Kemudian jahitkannya. Ini adalah jahitan jelujur sama. Jenis jahitan
lain pun boleh digunakan juga.

 Langkah 6

a) Setelah siap, inilah hasilnya.

Langkah 7

a) Masa untuk menseterika bahagian jahitan tersebut.

Kesimpulannya


a) Siap!


Kelebihan kaedah ini adalah :

1) Anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk menghantar seluar jeans ke kedai jahit.
2) Anda tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menjahit. Ianya adalah jahitan asas.
3) Seandainya anda semakin membesar, anda boleh membuka balik lipatan jahitan seluar jeans tersebut dan mengubahsuainya kembali mengikut kepanjangan kaki anda.












Petua Untuk Hapuskan Jerawat

 gambar diambil dari sini
 
"Gua gangster, tapi gua jaga muka gua ma.."

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah

3. Bersihkan wajah dengans empurna setiap kali selepas mengunakan mekap

4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yangs esuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu

13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan

14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.




Petua Untuk Memikat Wanita Pujaan Anda



1. Gunakan Kelebihan Wanita

Sesetengah wanita ada kalanya mempunyai idea dan IQ yang lebih bernas daripada lelaki. Jika lelaki melihatnya dari sudut yang positif, bermakna kelebihan wanita ini jika digandingkan mampu mencipta idea yang hebat.

Satu kelemahan wanita ialah kalah dengan emosi. Justeru dalam menakluki wanita, lelaki sebenarnya boleh menggunakan kelebihan dan kelemahan ini sebagai ‘senjata.’


2. Perancangan Teliti 

Memikat wanita perlu strategi yang betul. Jika anda tidak mengaturnya dengan sempurna maka anda akan dikuasai wanita.


3. Jangan Terlalu Mendesak

Ada juga lelaki yang suka mendesak. Mereka berasa sangat puas jika melihat orang lain menurut kehendaknya. Namun dalam menunjukkan anda seorang lelaki budiman, jangan sesekali melakukannya kerana tiada wanita suka lelaki begini. Bersikap rasional dalam semua perkara dan hubungan anda akan kekal selama-lamanya.


4. Kenali Kekuatan

Sebaiknya kenalilah kekuatan pada diri anda. Jika anda mampu “memperlihatkannya” kepada si dia bermakna anda adalah lelaki idaman wanita.


5. Mesti Ada Inisiatif

Kekuatan karakter tidak menyamai kekuatan fizikal. Ramai lelaki beranggapan bentuk tubuh yang tegap adalah lambang lelaki gagah. Namun kalau karakter anda lemah, anda juga mudah kalah.

Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh melindungi diri mereka di saat susah dan senang, mampu menenteramkan jiwa di saat lara, memberikan idea di saat yang anda perlukan. Berusahalah mencari ilmu-ilmu ini kerana keupayaan anda akan membuatkan wanita begitu mencintai anda.


6. Buatkan Wanita Tergila-Gila pada Anda

Zaman dahulu, pahlawan menjadi pujaan ramai wanita. Mereka dianggap seorang yang hebat, pelindung dan memiliki kekuatan dan biasanya digambarkan sebagai kacak.

Namun di zaman ini, tiada lagi pahlawan sebaliknya muncul ramai lelaki yang berilmu, berkarisma, memiliki segala-galanya. Jadi gunakanlah ini sebagai kelebihan membuatkan wanita tergila-gilakan anda.




Petua Untuk Membuat Wanita Tergila-Gila Pada Anda



Jangan Selalu Menuruti Kehendak Wanita

Lelaki harus ada sedikit imej agar sentiasa tampil bersahaja di hadapan wanita. Jangan tunjuk bahawa anda sangat sukakannya. Padahal, kalau boleh, segala keinginannya ingin anda turuti. Anda buat wajah selamba dan sudah pasti wanita menjadi tidak tentu arah. Buatkan diri anda seperti seorang yang misteri.

Kalau tidak percaya, cuba anda jarang berjumpa atau menelefonnya. Pasti dia tidak senang duduk dibuatnya. Jadi, dengan cara ini, rasa ingin tahu dirinya akan bentambah dan dia akan mencari jalan untuk mengenal diri anda dengan lebih rapat lagi.

Jangan Terlalu Rapat

Jangan pula anda terlalu akrab dan rapat dengannya. Ini kerana jika anda terlalu rapat dan sering berjumpa, perasaan kasih dan sayang itu akan menjadi biasa dan tiada lagi satu perasaan lain seperti berdebar-debar atau tertunggu-tunggu kedatangannya. Atau merasakan kehadirannya sudah seperti biasa.

Sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti dan sekali sekala barulah tonjolkan diri. Biar si dia yang tercari-cari anda dan menunggu kedatangan anda. Ingat, jangan tunjukkan sangat yang anda suka kepadanya. Biar dia dahulu yang menunjukkannya.

Jangan Terlampau Yakin

Anda jangan terlampau yakin bahawa wanita sentiasa memerhatikan anda disbabkan ketampanan anda. Mungkin dia memandang kerana anda berpenampilan luar biasa atau anda berlainan di kaca matanya. Jangan cepat terperasan dengan menyangka wanita itu terus terpikat pada anda. Mungkin dia sekadar melihat kosong sahaja.

Anda perlu berlagak biasa tetapi dalam masa yang sama memancingnya agar menghampiri anda. Pendekatan anda amat penting dalam menentukan berjaya atau tidak penjumpaan anda pada hari itu.

Buat Kejutan

Wanita sememangnya mengimpikan sesuatu yang diangan-angankannya. Wanita juga kuat berangan, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perasaan dan hati. Kalau boleh, angan-angannya agar ada sang putera menyuntingnya dengan cara yang cukup romantis.

Anda boleh mengambil kesempatan ini dengan memberinya hadiah lebih-lebih lagi bunga. Bunga dan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Kalau tidak boleh banyak, 3 kuntum sahaja sudah memadai. Tetapi jangan tonjolkan sangat bahawa anda terlalu suka kepadanya dengan memberikan bunga.

Buat muka selamba dan kawal perasaan suka anda itu. Tunjukkan anda tidak terlalu ghairah untuk memberikannya bunga. Dengan cara begini, anda akan melihat si dia akan menumpukan perhatian pada anda tanpa anda sedari.




Tips-tips Menghadapi Temuduga


1) Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

2) Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

3) Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

4) Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa  menghadapi temuduga.

5) Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

6) Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

7) Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar ketika menghadapi temuduga, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

8) Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.

9) 8Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

10) Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

11) Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

12) Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blog Pilihan JanganKalot

    Follow Me on Twitter