Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Kartun Realiti Kehidupan




Kasih Sayang di Alam Haiwan

"Perangai kau macam binatang!!!" pernah dengar ungkapan tu? Bagi JK, ungkapan tersebut sudah tidak relevan lagi. Lihat saja gambar gambar dibawah. Binatang yang tak mempunya akal pun pandai menunjukkan sifat kasih sayang.

Jadi kenapa manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Tuhan sanggup bertindak kejam melakukan jenayah dan kacau bilau dimuka bumi ini? Renug-renungkan...


















Wanita obesiti menaiki kenderaannya di atas jalanraya (video)


Obesiti bukan perkara remeh temeh. Ia boleh membawa kepada kesukaran hidup dari sudut kesihatan dan kebebasan hidup. Bila sudah obesiti, diri akan diperhati orang dengan ke'comel'an badan yang dimiliki.

Akibatnya, mereka rasa kurang keyakinan diri dan berfikiran negatif untuk tampil di tempat umum. Cuba tonton video di bawah, nampak kelakar tetapi apa perasaan wanita obesiti itu apabila dirakam oleh seseorang. Dilema orang obesiti. Hendak kasihan pun tidak boleh sangat sebab obesiti adalah satu penyakit yang bahaya.




Ranking 10 negara yang paling kritikal obesiti:

1) Amerika Samoa (95%)
2) Kiribati (81.5%)
3) U.S.A (66.7%)
4) Jerman ( 66.5%)
5) Mesir (66.0%)
6) Bosnia-Herzegovina (62.9%)
7) New Zealand (62.7%)
8) Israel ( 61.9%)
9) Croatia (61.4%)
10) United Kingdom (61%)




Mungkin ini penyebab bagasi hilang di lapangan terbang (video)

Apa yang dilakukan pada bagasi ini? Bukankah itu lori...


Kehilangan bagasi adalah satu fenomena biasa dalam pengangkutan awam seperti udara, laut dan darat. Bagasi-bagasi ini tidak dihantar ke destinasi yang ditujui oleh pemiliknya.

1) Purata 1 dari 150 orang di Amerika akan kehilangan 1 bagasi setiap tahun.

2) Kehilangan bagasi selalu berlaku di lapangan terbang, berpunca dari kesalahan pekerja menyemak senarai. Kedatangan lewat para penumpang juga menjadi faktor masalah ketika semakan bagasi. Maklumlah, 'last-last minute'.

3) Ada bagasi yang dapat dikembalikan kepada pemiliknya, dan ada juga bagasi yang terus hilang tidak dapat dikesan.

4) Untuk mengatasi masalah kehilangan bagasi, letakkan barangan keperluan seperti baju dan lain-lain dalam beg galas.





Apabila peserta sumo berlari (video)

Peserta Sumo


Peserta sumo dikategorikan sebagai golongan obesiti. Iaitu satu golongan yang berisiko mendapat penyakit walaupun mereka menyertai sukan sumo. Obesiti diukur melalui Body Mass Index (BMI).

Fakta-fakta mengenai Obesiti:

1) Obesiti di Amerika meningkat berterusan semenjak tahun 1960
2) Negara-negara lain turut mengalami masalah yang sama.
3) Obesiti 50% boleh diwarisi kepada anak-anak.

Penyebab-penyebab obesiti:

1) Genetik: Mempengaruhi otak untuk memilih kaedah makan.
2) Sakit : Hypothyroidism dan stress.
3) Mental : Mental bermasalah menyebabkan ketidakstabilan emosi.
4) Gaya hidup : Diet yang tidak dijaga dan kurang bersenam.

Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:

1) Tekanan darah tinggi
2) Diabetes jenis 2
3) Sakit jantung
4) Kanser
5) Kanser payudara
6) Katarak
7) Kanser saluran penghadaman dalam perut





10 Kesilapan Yang Membuatkan Kulit Anda Rosak

Berikut adalah kesilapan-kesilapan seseorang yang membuatkan kulitnya rosak.





1. Merokok
Kesannya: Meningkatkan kedutan, menampakkan kulit kekuningan dan kanser kulit.


2. Kurang tidur (bawah 8 jam)
Kesannya: Individu nampak berkedut dan keletihan

3. Menggaru kulit secara ekstrem walaupun tidak gatal
Kesannya: Mengganggu aktiviti sistem saraf pada permukaan kulit tubuh badan. 

4. Terlupa menanggalkan dan membasuh solekan di muka
Kesannya: Lapisan kotoran daki akan terkumpul sekiranya solekan itu tidak ditanggalkan dalam tempoh lebih 24 jam.

5. Tidak memakai krim penghalang UV pada bahagian badan yang terdedah kepada sinaran terik matahari
Kesannya: Meningkatkan risiko kanser kulit seperti Melanoma. Penyakit Melanoma boleh membawa kematian.


6. Terlebih memakai pencuci muka (Exfoliant cosmetic product)
Kesannya: Kulit muka menjadi kering, pedih, dan merah-kemerahan. "Exfoliate Product" adalah pencuci muka yang menanggalkan sel-sel kulit yang sudah mati. Penggunaannya haruslah bergantung kepada jenis kulit.


7. Tersilap memilih produk kecantikan (pelembap, 'mask' dan lain-lain)
Kesannya: Kulit menjadi kering, gatal dan pedih.


8. Tidak mempedulikan bahagian kulit selain dari muka
Kesannya: Kanser kulit boleh berlaku di bahagian badan yang tidak dijaga.

9. Tidak membersihkan berus solekan
Kesannya: Bakteria terkumpul dan jangkitan ke atas kulit boleh berlaku

10. Tabiat menekan telefon ke telinga
Kesannya: Bakteria selalu terkumpul di bahagian telefon bimbit, lalu jangkitan oleh bakteria ke atas kulit boleh berlaku. 

*Fakta dari pakar kulit  Clay J. Cockerell














Petua mengatasi masalah bau badan

 "muka hensem, tapi ketiak masyemm la pulak.. perghhh.."

Anda mengalami masalah badan berbau ? Amalkan petua petua dibawah :-


1) Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, rebus hingga mendidih, Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandi setiap pagi dan petang selama seminggu.

2) Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan basuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.

3) Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi. Dibelah dua. Sebelum mandi sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biarkan 8 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Bau badan akan hilang.

4) Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

5) Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih. Kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

6) Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tersebut dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini 4 kali seminggu.

7) Selepas mandi, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.

8) Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 18 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

9) Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan sapukan ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

10) Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 50 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

11) Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 18 minit sebelum mandi. Amalkannya 3 kali seminggu.




Penduduk Meluahkan Isi Hati Pada Rumah Sebelum Mereka Mati

Sebelum ubahsuai
Candy Chang telah membina satu projek seni yang bernama "before i die". Tujuan beliau membina projek ini untuk meningkatkan tahap sosial yang baik antara jiran dan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Menariknya, projek beliau melibatkan sebuah rumah buruk yang diubahsuai menjadi rumah inspirasi. Papan tulis ditampal pada dinding luar rumah tersebut. Apabila orang lalu di hadapan rumah tersebut, mereka akan menyambung ayat selepas "before I die...." berdasarkan isi hati mereka. Sambungan ayat ditulis menggunakan kapur yang disediakan.

Selepas diubahsuai




















Sijil Penghargaan!













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pilihan JanganKalot

Follow Me on Twitter