"muka hensem, tapi ketiak masyemm la pulak.. perghhh.."

Anda mengalami masalah badan berbau ? Amalkan petua petua dibawah :-


1) Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, rebus hingga mendidih, Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandi setiap pagi dan petang selama seminggu.

2) Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan basuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.

3) Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi. Dibelah dua. Sebelum mandi sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biarkan 8 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Bau badan akan hilang.

4) Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

5) Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih. Kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

6) Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tersebut dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini 4 kali seminggu.

7) Selepas mandi, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.

8) Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 18 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

9) Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan sapukan ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

10) Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 50 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

11) Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 18 minit sebelum mandi. Amalkannya 3 kali seminggu.