Dalam kawasan beribu-ribu hektar persegi atau lebih besar dari itu, terdapat hanya sebuah rumah di situ. Cuba bayangkan bagaimana kehidupan penghuni rumah tersebut. Tiada jiran, tiada tempat membeli-belah, mungkin juga tiada bekalan air dan elektrik, tiada sosial, tiada pengangkutan bebas untuk bergerak dan ketiadaan lain lain lagi. Bagi JK, JK tidak boleh hidup dalam keadaan rumah yang sebegini. Tetapi, fakta yang ada dalam gambar di bawah membuktikan mereka mampu hidup terpinggir. Mungkin disebabkan persekitaran yang cantik agaknya.