Ramai yang obses dengan bentuk pipi mereka. Bagi kebanyakan wanita, pipi tembam adalah satu perkara yang harus diperangi. Ini kerana, pipi yang tegang akan menyumbang kepada kecantikan wajah mereka. Begitu juga dengan lelaki. Ada juga yang menggemari pipi tembam. Comel agaknya.

Walau apa pun pandangan yang diberikan, itu adalah hak masing-masing untuk menjaga kecantikan, asalkan tidak melampau batas, norma agama dan budaya.

Di bawah ini adalah sebuah video senaman untuk menghilangkan pipi yang tembam dan boleh menegangkan otot muka tanpa melakukan pembedahan liposuction atau sebagainya.


Langkah 1: Tutup mulut dan kembungkan selama 10 saat.
Buat pada pipi kiri dan kanan secara bergilir-gilir. kemudian hembus (minit 0:55)
Langkah 2: Letak dua jari telunjuk di tepi kedua-dua belah hidung dan
tekan bahagian itu, kemudian gerakkan bahagian itu ke atas menggunakan otot muka.
(bukan menggunakan jari telunjuk) (minit 1:50)




Langkah 3: Senyum sambil gigi terbuka. Lakukan selama 10 saat,
kemudian buka lagi senyuman mulut seluas dalam gambar. Lakukan
selama 10 saat. (minit 2:44)

Langkah 4: Tutup mulut, kemudian sedutkan bahagian pipi
ke dalam. Lakukannya serentak dengan senyuman. Lakukan selama
10 saat. (minit 3:40)

  • Senaman boleh dibuat dalam 1 set. 1 set bermaksud langkah 1 sehingga langkah 4.
  • Dalam satu hari anda boleh melakukan sekurang-kurangnya 4 set.
  • Anda juga boleh memilih mana-mana langkah untuk dilakukan secara berasingan. contohnya, pada hari Isnin, anda hanya buat senaman langkah 4 sahaja.
  • Dinasihatkan agar tidak melakukan senaman ini di tempat awam. :D
Otot-otot muka