1. Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain. 2. Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang walaupun kita perlu berwaspada setiap masa. 3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita. 4. Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan. 5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi Muhammad s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang. 6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita. 7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita. 8. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati. 9. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia. 10. Pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan perhatian. 11. Jadilah pendengar dan kawan yang setia lagi ikhlas. 12. Sampaikan berita yang baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
cinta,
motivasi,
petua. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Blog ini tentang gambar, kisah dan perkara di luar jangkaan. Pihak penulis akan menyajikan kesemua itu setiap hari dan setiap jam dari sumber-sumber yang kami perolehi. Tujuan kami adalah untuk memberikan hiburan, informasi, tips dan lain-lain lagi kepada anda dalam keadaan santai. Diharap juga blog ini menjadi medan silaturrahim antara pengunjung sekalian.
Kami berusaha untuk anda. Maka berbesar hatilah kami sekiranya anda melawat kami di sini setiap detik waktu. Oleh itu Jangan Kalot! Lex Lu..di sini!
8 May 2011 at 20:42
hebat...;)
9 May 2011 at 00:14
entry yg menarik...
thx kerana berkongsi.. :)