Ini adalah pembedahan pembedahan yang paling aneh dan jarang berlaku dalam sejarah perubatan.

1) "Catman" Dennis Avner menjalani beberapa pembedahan aneh yang mengubah mukanya seperti yang ada sekarang. Mereka memasukkan  implan kulit, membentuk giginya menyerupai seekor harimau, dan implan untuk mengubah struktur wajahnya.



2) Seorang lelaki Inggeris yang buta dapat melihat isterinya untuk kali pertama selepas pembedahan transplantasi yang luar biasa. Salah satu giginya diletakkan pada mata kanannya.
Pembedahan lapan jam mengubahsuai salah satu gigi taring orang itu sehingga dapat menjadi kanta khas yang membolehkan beliau untuk melihat semula.



3) Seorang pencipta software di Finland memasang USB drive di jarinya yang kudung akibat kemalangan. Dia mendapat idea aneh daripada doktor bedah yang hanya bergurau dengannya. Namun, dia benar benar melakukannya.


 
4) Seorang anggota dewan Australia terbang ke Rusia untuk membedah kakinya kerana beliau ingin menambah sedikit ketinggian.  Hajnal Ban menghabiskan $ 40,000 untuk pembedahan ini. Pakar bedah mematahkan kakinya di empat tempat dan cincin logam dimasukkan, menyebabkan dia tumbuh sekitar 1mm pada setiap hari selama sembilan bulan.


 
5) Eric Sprague a.k.a "Lizardman" mempunyai 10 tanduk Teflon ditanamkan di bawah kulit di alisnya. Dia juga mengubah giginya menyerupai reptilia dan mengalami proses bertatoo selama lebih 700 jam.





6) Wanita AS, CindyLou Romberg bangun pada suatu pagi dan berbicara dengan loghat Eropah. Doktor tidak yakin bagaimana ia memperoleh gangguan, yang dikenali sebagai Foreign Accent Syndrome, tetapi kemungkinan ianya disebabkan oleh pembedahan kepala yang pernah dilaluinya pada tahun 1981.