Berikut adalah kesilapan-kesilapan seseorang yang membuatkan kulitnya rosak.





1. Merokok
Kesannya: Meningkatkan kedutan, menampakkan kulit kekuningan dan kanser kulit.


2. Kurang tidur (bawah 8 jam)
Kesannya: Individu nampak berkedut dan keletihan

3. Menggaru kulit secara ekstrem walaupun tidak gatal
Kesannya: Mengganggu aktiviti sistem saraf pada permukaan kulit tubuh badan. 

4. Terlupa menanggalkan dan membasuh solekan di muka
Kesannya: Lapisan kotoran daki akan terkumpul sekiranya solekan itu tidak ditanggalkan dalam tempoh lebih 24 jam.

5. Tidak memakai krim penghalang UV pada bahagian badan yang terdedah kepada sinaran terik matahari
Kesannya: Meningkatkan risiko kanser kulit seperti Melanoma. Penyakit Melanoma boleh membawa kematian.


6. Terlebih memakai pencuci muka (Exfoliant cosmetic product)
Kesannya: Kulit muka menjadi kering, pedih, dan merah-kemerahan. "Exfoliate Product" adalah pencuci muka yang menanggalkan sel-sel kulit yang sudah mati. Penggunaannya haruslah bergantung kepada jenis kulit.


7. Tersilap memilih produk kecantikan (pelembap, 'mask' dan lain-lain)
Kesannya: Kulit menjadi kering, gatal dan pedih.


8. Tidak mempedulikan bahagian kulit selain dari muka
Kesannya: Kanser kulit boleh berlaku di bahagian badan yang tidak dijaga.

9. Tidak membersihkan berus solekan
Kesannya: Bakteria terkumpul dan jangkitan ke atas kulit boleh berlaku

10. Tabiat menekan telefon ke telinga
Kesannya: Bakteria selalu terkumpul di bahagian telefon bimbit, lalu jangkitan oleh bakteria ke atas kulit boleh berlaku. 

*Fakta dari pakar kulit  Clay J. Cockerell