Pemburuan paranormal di sebuah rumah usang
Seorang pemburu paranormal (ghosthunter) telah merakamkan detik-detik jelmaan seorang budak dalam sebuah rumah di tepi hutan.

Walaupun begitu, ada yang berpendapat video ini adalah palsu kerana mereka menganggap budak itu adalah patung yang direka.

Namun, ada juga yang berpendapat video ini tulen kerana mata jelmaan budak itu bersinar. Sekiranya ia anak patung, matanya tidak akan bersinar apabila video itu ditukar format ke tahap melebihi mata kasar manusia, kerana mata anak patung adalah campuran cat.