Ted Pillman



Ted Pillman, seorang rakyat Amerika, kerapkali membuat video klip ciptaan sendiri di Youtube. Beliau seperti Cikgu Shida juga, yang popular dek kerana video klip pelik-pelik di Youtube. Memang tabiat sesetengah orang, hidup hendakkan perhatian dan populariti. Bagi mereka, itu adalah satu kepuasan.

Menariknya Ted Pillman, gaya kemunculannya di Youtube sememangnya pelik. Cikgu Shida selalu pakai baju dan prop yang sentiasa berubah-rubah mengikut kesesuaian lagu. Tapi, Ted Pillman pula hanya mengenakan baju t shirt yang kekadang koyak sana sini. Muka dan rambutnya comot-comot. Kemudian, beliau pun melalutlah dengan alunan lagu video klip tu.

Kalau tengok video klip Ted Pillman, mungkin rakyat Malaysia tidak gelak. Gaya lawak Bahasa Inggeris, bukan difahami sangat oleh penduduk dunia. Kalau yang faham tu, silalah gelak. Gelak dengan kecomotannya pun sudah cukup. :D