Sebelum ini JK ada buat entri tentang potret yang dibuat dari ribuan dadu. Kali ini, JK memaparkan lagi satu potret tetapi potret ini dibuat dari 5000 pemetik gitar. Ia dibuat oleh pereka mozek terkenal United Kingdom Ed Chapman sempena majlis Kajian Kanser UK.


Sebelum ini beliau sudah membuat potret John Lennon. Dengan potret itu, beliau mendapat RM29000. Kali ini, beliau membuat potret Jimi Hendrix dan mengharapkan pulangan lumayan yang sama dengan potret John Lennon. Jimi Hendrix adalah pemain gitar terkenal manakala John Lennon adalah seorang ahli muzik dan penulis lirik lagu.