Produk kecantikan yang dilancarkan oleh Siti Nurhaliza telah didakwa haram. Berdasarkan penulisan beberapa blog peribadi, isu haram itu timbul dari berus salah satu produk kecantikan tersebut. Mereka turut melampirkan salinan-salinan analisa makmal yang didakwa dari Jabatan Agama Islam Pahang. Salinan itu dikatakan disebar ke sekolah-sekolah di Pahang. 



Mamee turut didakwa haram. 


Walaupun begitu, dakwaan-dakwaan ini dijawab sendiri oleh Siti Nurhaliza dalam twitternya dan sekaligus menolak dakwaan tidak berasas itu:

“Semua produk SimplySiti & berus yang digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada Jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan Jakim.” – Siti Nurhaliza

Dalam Twitternya juga, beliau juga berkata, pihak SimplySiti telah bersungguh-sungguh mendapatkan status halal dan usaha itu memakan masa berbulan-bulan sebelum Produk dilancarkan. Beliau agak kecewa dengan pihak-pihak tertentu yang senang-senang ingin merobohkan perniagaannya itu dengan dakwaan ini. 




*Inilah dunia perniagaan, senang sahaja hendak runtuhkan perniagaan orang. Guna dakwaan 'haram/halal' sudah mampu buat syarikat gulung tikar. Apa-apa pun, kita tunggu pula reaksi JAKIM mengenai hal ini pula.